Ugut wanita: Ahli GISBH mengaku tidak bersalah

SEORANG ahli Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita.

Tertuduh yang merupakan seorang ahli perniagaan, Mohamad Riza Makar, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.

Mohamad Riza didakwa telah menakutkan secara jenayah seorang wanita berusia 25 tahun dengan niat menyebabkan kegentaran, di tempat letak kenderaan di Presint 4, di Putrajaya, kira-kira 10 malam pada 9 September.

Tertuduh yang mempunyai tiga isteri dan 10 anak itu didakwa menggugut wanita berkenaan dengan mengatakan “kita tunggu, kami tahu dekat mana rumah, suami dan keluarga” dengan niat hendak menyebabkan kegentaran supaya wanita itu yang juga bekas ahli GISBH, menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Related Posts

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

SEPANG – Kerajaan memberi jaminan keselamatan jemaah haji Malaysia kekal terpelihara walaupun wujud kebimbangan susulan konflik di Asia Barat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

SEPANGGAR – Kerajaan terus komited memperkasa pembangunan luar bandar melalui pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) yang memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang