Tunjukkan solidariti kepada negara memimpin ASEAN

RAKYAT Malaysia diseru untuk menunjukkan solidariti kepada negara sebagai Pengerusi ASEAN yang akan memulakan persidangan kemuncaknya di ibu negara, minggu depan.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi dan Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, peluang ini merupakan platform untuk Malaysia menunjukkan contoh dalam memimpin negara-negara di rantau Asia Tenggara.

“Marilah kita berganding bahu bersama-sama usaha ini dan membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi yang akan datang.

“Terima kasih kepada semua warga Malaysia atas sokongan, perhatian dan solidariti yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI dalam melaksanakan amanah besar kepengerusian ASEAN ini.

“Semoga ASEAN terus maju dan berjaya dan Malaysia terus menjadi contoh kepimpinan yang terbaik di rantau ini,” katanya dalam hantaran video di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, ASEAN adalah platform untuk negara memperkukuhkan hubungan dengan kerjasama negara-negara serantau serta memperluaskan pengaruh positif Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Kepada seluruh warga Malaysia, kepengerusian ASEAN ini adalah peluang terbaik untuk kita menunjukkan kepada dunia bahawa kita mampu memimpin dan mengendalikan tanggungjawab dan amanah besar ini dengan penuh integriti dan kecekapan serta kebijaksanaan kepimpinan yang ada sekarang.

“Peluang keemasan untuk Malaysia memperlihatkan komitmen, kewibawaan dan juga kepimpinan yang bertanggungjawab di peringkat serantau,” katanya.

Malaysia memimpin Sidang Kemuncak Asean 2025 yang akan berlangsung di ibu negara pada 23 hingga 28 Mei ini.

Menyentuh mengenai tema mesyuarat serantau kali ke-46 ini, Ismail berkata, tema yang dipilih sangat bertepatan dan melambangkan kehendak dan matlamat yang setiap negara ASEAN.

“Malaysia dan ASEAN telah memilih tema ASEAN: Keterangkuman dan Kemampanan untuk tahun 2025.

“Tema ini sangat relevan kerana ia mencerminkan keperluan untuk memastikan semua anggota negara ASEAN tidak kira saiz dan tahap pembangunannya dapat berkongsi manfaat daripada kerjasama serantau ini.

“Malaysia berharap untuk memperkukuhkan ASEAN sebagai rantau yang bersatu padu dalam menghadapi cabaran dan merebut peluang semasa melalui komitmen menjadi pemimpin yang komited dengan membawa kestabilan, keadilan dan keamanan serta memanfaatkan semua saluran diplomasi dan kerjasama untuk mencapai matlamat ini,” katanya.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa