P.Pinang tidak jual tanah tetapi ikut kaedah pelupusan Kanun Tanah Negara

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang menegaskan bahawa pihaknya tidak menjual tanah seperti didakwa, sebaliknya semua urusan berkaitan tanah dilaksanakan melalui kaedah pelupusan yang sah mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, secara teknikal, pelupusan tanah kerajaan dilaksanakan menerusi kaedah pemberimilikan, pajakan atau lain-lain kaedah yang dibenarkan undang-undang dan bukannya penjualan seperti yang sering disalah tafsir.

“Kita tidak menjual tanah namun menjalankan pelupusan tanah yang dibenarkan di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara 1965.

“Oleh itu, istilah ‘penjualan tanah’ tidak diguna pakai dalam konteks pentadbiran tanah Kerajaan Negeri,” katanya ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohd Yusni Mat Piah (Pas-Penaga) mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri yang didakwa menjual tanah semata-mata untuk menampung keperluan kewangan.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata, pelupusan tanah oleh Kerajaan Negeri bukan hanya bertujuan memperoleh hasil semata-mata, sebaliknya bertujuan memacu pembangunan, menjana peluang pekerjaan serta menambah nilai ekonomi kepada kawasan setempat.

“Bagi setiap pelupusan tanah, kerajaan akan mengambil kira nilaian semasa yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

“Sekiranya tanah tersebut melibatkan projek strategik seperti pembinaan rumah, Kerajaan Negeri menggunakan pendekatan Request For Proposal (RFP) untuk memastikan premium yang diterima adalah lebih tinggi daripada nilai pasaran semasa,” ujarnya.

Tambah Kon Yeow, kaedah pelupusan yang dilaksanakan itu bukan sahaja tidak menjejaskan pegangan tanah negeri, malah memberi manfaat kepada rakyat melalui pembangunan infrastruktur seperti jalan dan taman permainan.

“Jika kita ambil pendekatan untuk tidak memajukan tanah tersebut, maka Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kos penyelenggaraan, sedangkan rakyat tidak mendapat faedah daripada tapak berkenaan,” jelasnya.

Mengulas mengenai kewangan negeri, Kon Yeow menjelaskan bahawa Pulau Pinang berhak memohon peruntukan daripada kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun katanya, pendekatan pelupusan tanah diambil susulan penolakan tuntutan pemulangan sebanyak 20 peratus hasil negeri oleh kerajaan Persekutuan.

“Saya dan pasukan telah berkali-kali memohon, memujuk dan mendesak agar tuntutan itu dipertimbangkan termasuk ketika berada di Dewan Rakyat.

“Namun sehingga kini ia masih belum berhasil,” katanya.

Related Posts

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

MUKAH – Penganjuran UiTM Night Bazaar Siri 8 bertemakan ‘Riuh Raya Street Fiesta’ dilihat bukan sahaja menghidupkan suasana Aidilfitri, malah menjadi platform penting dalam membantu peniaga kecil menjana pendapatan. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

KUCHING – Khabar angin yang tular di media sosial mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang mempertimbangkan untuk bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ditegaskan sebagai berita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat