Tun Abdullah tokoh penting kepimpinan negara – Fahmi

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah atas pemergian Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkan sebagai tokoh penting dalam sejarah kepimpinan negara.

Beliau menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan seorang negarawan yang mencorak pelbagai perubahan ketika negara melalui peralihan tampuk pemerintahan.

“Pentadbiran Allahyarham menyaksikan pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi, termasuk konsep Islam Hadhari serta penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang memperkukuh institusi kehakiman negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut beliau, jasa dan bakti Allahyarham akan terus dikenang seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

“Bagi pihak Kementerian Komunikasi dan diri saya sendiri, saya merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Tun.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.

Abdullah Badawi, 85, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur selepas mengalami masalah pernafasan.

Allahyarham dimasukkan ke IJN pada Ahad dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) untuk pemantauan rapi pakar perubatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan