Tumpu Selangor, Johor untuk UMNO kembali bangkit

MUAR – UMNO wajar memberikan tumpuan terhadap Johor dan Selangor jika mahu melihat parti itu bangkit menjadi kuat semula, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau menjelaskan sejak pilihan raya umum (PRU) pertama hingga PRU11, kedua-dua negeri itu adalah antara penyumbang kerusi terbesar ketika zaman kegemilangan UMNO sehingga parti berjaya meraih majoriti dua pertiga.

“Johor dan Selangor adalah antara penyumbang kekuatan UMNO ketika itu..

“Justeru, adalah wajar jika parti perlu mengembalikan semula kekuatan sebagaimana kita lalui sebelum ini.

“Jika di Johor, saya nampak UMNO boleh memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)… ini bermakna dinamiknya berada di situ.

“Cuma, kerusi Parlimen kita belum nampak lagi. Pada PRU15, kita memenangi sembilan kerusi, manakala PRU14 pula lapan.

“Ini yang kita kena tukar dinamiknya bermula dari sekarang, termasuk bagi Parlimen Pagoh,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Johari berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ismail Mohamed.

Dalam pada itu, Johari turut mengingatkan bahawa pemimpin peringkat bahagian perlu melahirkan lebih ramai pelapis muda untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita kena melahirkan ramai pemimpin dalam kawasan ini. Kita perlu ada pelapis, terutama generasi muda untuk memimpin parti, suatu hari nanti.

“Saya pernah diberitahu supaya berpindah ke kawasan lebih selamat (untuk bertanding) tetapi saya menolak. Saya beritahu mereka bahawa tiada masalah kalau saya kalah, kerana saya mahu tolong semua orang membetulkan apa benda yang kita buat tidak betul.

“Sebab itulah kita kena ingat, pemimpin yang cari tempat atau kawasan selamat untuk bertanding, dia tidak layak menjadi pemimpin,” katanya.

Related Posts

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan dijangka tidak akan mengadakan pilihan raya negeri di tengah-tengah kemelut pemerintahan yang berlaku ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

PUTRAJAYA – Tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mencetuskan krisis persepsi negatif politik dalam Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu