Platform media sosial perlu mohon lesen

SEMUA perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan langkah itu akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet diperkenal bermula bulan depan.

MCMC berkata, penguatkuasaan ini selaras keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet di negara ini, mesti mematuhi undang-undang Malaysia.

“Sebelum ini, platform terbabit dikecualikan daripada keperluan pelesenan berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000.

“Keputusan (perlesenan) itu demi memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” katanya.

MCMC berkata, kegagalan mana-mana perkhidmatan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil mengikut Akta 588.

Katanya, kerangka kawal selia baru itu hanya terpakai kepada platform yang menepati syarat kelayakan pelesenan dan tidak membabitkan pengguna.

“Langkah ini bakal mewujudkan ekosistem dalam talian lebih selamat serta pengalaman yang lebih baik untuk para pengguna, terutama buat kanak-kanak dan seisi keluarga,” katanya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, sebelum ini memberitahu, kementerian dan agensi di bawahnya akan menetapkan syarat untuk melesenkan pengoperasian media sosial, memandangkan kini platform terbuka itu beroperasi di negara ini secara tidak berdaftar.

Satu kajian serta penelitian turut dijalankan Kementerian Komunikasi menerusi MCMC tahun lalu, bagi menjayakan usaha daftar dan perlesenan ini, termasuk kepada penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok.

Related Posts

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa peningkatan harga diesel hanya memberi kesan kepada sekitar 15 peratus rakyat di negara ini. Beliau menjelaskan, sebahagian besar rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan ucapan tahniah kepada jemaah haji Malaysia yang terpilih menunaikan ibadah haji bagi musim tahun ini. Menerusi hantaran di Facebook hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk