Tukang masak mengaku tidak bersalah miliki tenggiling

TAWAU – Seorang tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan memiliki seekor tenggiling iaitu spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, di sebuah pusat peranginan, di Semporna.

Tertuduh, Mohammad Ali Iqram Thien Abdullah, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki seekor tenggiling hidup (Manis javanica) yang ditemui di dalam sebuah tong plastik berwarna hitam pukul 5.35 petang, di pusat peranginan berkenaan, 23 Februari lepas.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 41(4)(a) enakmen sama.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM250,000 serta penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari lima tahun.

Mahkamah membenarkan ikat jamin ke atas tertuduh dengan wang jaminan sebanyak RM15,000 bersama seorang penjamin dan pasportnya diperintahkan untuk diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Haiwan tersebut merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya seperti disenaraikan dalam Jadual 1, Bahagian 1, Nombor 13 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, dan pemilikan itu didakwa tanpa sebarang kebenaran sah mengikut enakmen sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Primus Lambut manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Chun Yuan.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16