Tujuh mat rempit ditahan

JOHOR BAHRU – Seramai tujuh individu berusia berusia 14 hingga 21 tahun ditahan kerana didapati memandu secara melulu dan berbahaya dalam satu operasi khas Samseng Jalanan dekat sini pada Sabtu dan Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, selain penahanan kesemua individu warga tempatan terbabit lima motosikal mereka turut disita dalam operasi berkenaan.

“Operasi ini dijalankan serentak di seluruh daerah mulai Sabtu dan Ahad lalu dengan melibatkan 14 pegawai kanan dan 84 pegawai rendah polis di sekitar daerah ini.

“Sepanjang operasi tersebut, seramai 902 individu dan 820 kenderaan diperiksa manakala 660 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Dalam masa sama, 120 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua individu berkenaan ditahan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 atas kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya.

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dengan denda berjumlah antara RM5,000 hingga RM20,000 manakala lesen memandu juga akan digantung selama dua tahun.

“Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor akan terus menjalankan operasi samseng jalanan di seluruh daerah dalam mengesan dan mengambil tindakan terhadap ‘hero jalanan’ yang masih tidak serik serta terus tegar melanggar undang-undang dan peraturan lalulintas,” ujarnya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM