Tuanku Lailatul Shahreen sertai pelatih PPDK hasilkan Jalur Gemilang

KANGAR – Keberangkatan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyemarakkan lagi semangat patriotik apabila baginda turut serta menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan teknik capan tapak tangan bersama 40 pelatih Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Jauhar Jannah.

Program Semarak Merdeka itu diadakan di Sadiah Cafe, Wang Ulu di sini baru-baru ini dengan tujuan memberi peluang kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) meraikan kemerdekaan dengan cara tersendiri.

Pemilik Sadiah Cafe, Nor Azliana Adzame berkata, keberangkatan baginda mencemar duli bersama anak-anak istimewa itu menjadi simbolik penerimaan dan perhatian masyarakat terhadap golongan tersebut.

“Mereka adalah insan yang tidak harus dipinggirkan. Malahan dengan adanya sokongan diraja, ia memberi semangat lebih besar kepada pelatih PPDK dan keluarga mereka untuk turut serta dalam aktiviti kemerdekaan.

“Program itu juga menjadi wadah menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelatih selain mendidik masyarakat untuk lebih prihatin terhadap keperluan golongan OKU,” katanya.

Baginda Tuanku Lailatul Shahreen bersama ibu bapa dan pelatih PPDK berganding bahu menyiapkan Jalur Gemilang hasil gabungan capan tapak tangan di atas kain putih yang disediakan khas.

Sementara itu, seorang ibu pelatih, Rosliza Ahmad berkata, pengalaman tersebut amat bermakna kerana anaknya berasa dihargai apabila dapat melakukan aktiviti bersama Raja Puan Muda Perlis.

“Anak saya kelihatan teruja sepanjang program ini dan saya percaya ia memberi keyakinan baharu kepada dirinya. Malahan ia juga membantu melatih pergerakan psikomotor mereka,” jelasnya.

Program itu sekali gus menzahirkan mesej bahawa golongan OKU turut mampu mengekspresikan rasa cinta kepada negara dengan sokongan masyarakat dan payung diraja.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen