Trump, Xi Jinping akan hadir Sidang Kemuncak ASEAN

CYBERJAYA – Malaysia mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Presiden China Xi Jinping dijangka akan menghadiri ke sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persidangan yang akan diadakan di Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Presiden Brazil, Lula Da Silva dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa yang kini memegang jawatan Pengerusi BRICS serta G20.

“Sidang kemuncak itu bakal menjadi suatu perhimpunan sebenar yang menghimpunkan pusat-pusat kuasa dan pengaruh utama dunia.

“Kita amat menantikan kehadiran ketua-ketua kerajaan ASEAN serta rakan dialog kita, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan saya percaya Presiden Xi Jinping dari China,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari ASEAN ke-58, pada Jumaat.

Menyifatkan kehadiran pemimpin dunia ke pentas ASEAN sebagai langkah pertama, beliau berkata, ujian lebih besar adalah untuk memastikan kuasa-kuasa besar dunia pulang dengan keyakinan dan hasil yang memberi nilai berpanjangan.

“Seluruh dunia akan memerhati. Kita mesti memanfaatkan peluang ini (kerana) ini adalah masa untuk menilai semula dan melihat sejauh mana perjalanan kita (ASEAN).

“Saya yakin para pengasas ASEAN akan berbangga dengan kemajuan namun, kita tidak boleh menganggap bahawa motivasi dan kebimbangan yang mendorong penandatangan Deklarasi Bangkok 1967 sudah tidak relevan,” katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Anwar menegaskan keyakinannya bahawa Myanmar mampu menuju ke arah gencatan senjata sekiranya semua pihak terus komited mendukung peranan ASEAN sebagai pengantara dan pemudah cara keamanan.

Katanya, kemajuan awal telah dicapai dalam usaha meredakan konflik di Myanmar, khususnya melalui pertemuan dan perbincangan yang sedang diatur bersama Menteri Luar Thailand dan Indonesia.

“Kami akan berkunjung ke Myanmar dalam masa terdekat untuk menegaskan kepentingan menghentikan keganasan, memulakan gencatan senjata dan menggalakkan dialog antara semua pihak berkepentingan. Langkah ini penting untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di negara itu.

“Mandat dan sokongan padu semua pemimpin ASEAN memberi kekuatan tambahan kepada Malaysia dalam memainkan peranan penting sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

“Apabila saya menyampaikan pandangan kepada pemimpin Myanmar, mereka sedar ia datang dengan mandat penuh ASEAN.
“Ini menjadikan saranan kita diambil serius dan memberi ruang lebih besar untuk mencapai hasil positif,” katanya.

Menyorot kejayaan ASEAN memeterai gencatan senjata pantas dan berkesan antara Thailand dan Kemboja baru-baru ini, Anwar berkata pencapaian itu menjadi bukti kemampuan ASEAN bertindak pantas dalam merungkai pertikaian serantau.

“Sejarah gencatan senjata dunia jarang menyaksikan kejayaan sepantas ini. Ia membuktikan kekuatan kepercayaan, kerjasama dan kesediaan bertindak dalam kerangka ASEAN. Kejayaan ini memberi isyarat positif untuk kita membantu Myanmar,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

  • By Ynom
  • April 21, 2026
MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang