KPKT wajibkan pusat beli-belah sediakan fasiliti kitar semula mulai 2026

PUTRAJAYA – Semua pusat beli-belah di seluruh negara diwajibkan mempunyai fasiliti kitar semula berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, penguatkuasaan peraturan itu antara syarat kelulusan lesen perniagaan selaras dengan agenda Reformasi Pembersihan Awam KPKT di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

“Langkah tersebut bertujuan memperhebat kempen kesedaran Rethink, Reuse, Reduce, Recycle dan meningkatkan kadar kitar semula negara, yang disasarkan mampu menandingi tahap Kesatuan Eropah (EU) sekitar 65 peratus.

“Tanpa fasiliti kitar semula ini, mana-mana pusat beli belah tidak akan diberikan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),”  katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Semarak Jiwa Merdeka @ KPKT, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, inisiatif itu turut disokong dengan pengenalan kenderaan elektrik (EV) untuk kutipan sampah sebagai langkah mengurangkan pelepasan karbon dan menuju sasaran ekonomi sifar karbon menjelang 2035.

“KPKT juga akan melaksanakan kerja pembersihan jalan pada waktu malam di lokasi strategik seperti pusat bandar dan kawasan tumpuan pelancong mulai tahun hadapan.

“Langkah itu, dapat mengurangkan gangguan trafik, memberikan persekitaran lebih selesa kepada pekerja pembersihan,” jelasnya.

Menurut Kor Ming, kementerian juga akan memacu projek waste-to-energy (WTE) menggunakan teknologi moden untuk menukar sisa pepejal kepada tenaga elektrik, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

“Teknologi WTE yang telah berjaya di beberapa negara akan diaplikasikan di Malaysia bagi memastikan pengurusan sisa pepejal lebih mampan, bersih dan memberi manfaat tenaga kepada rakyat,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen