Trump kecam negara Barat iktiraf Palestin, AS kian terasing

NEW YORK – Donald Trump mengecam langkah kuasa Barat mengiktiraf negara Palestin ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Tindakan itu membuatkan Amerika Syarikat (AS) semakin terasing dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semata-mata kerana sokongan terhadap sekutu rapatnya, Israel.

Dalam ucapannya, Presiden AS itu menegaskan, kuasa dunia sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha membebaskan tebusan yang masih ditahan di Gaza, hampir dua tahun selepas serangan berdarah Hamas ke atas Israel yang mencetuskan peperangan di wilayah itu.

Israel berdepan kecaman antarabangsa susulan tindakannya di Gaza yang menyebabkan kemusnahan besar, dengan lebih 65,000 rakyat Palestin dilaporkan terkorban menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Pemantau kebuluran global turut melaporkan bahawa sebahagian wilayah itu kini mengalami kebuluran serius.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, beberapa negara termasuk Perancis, Britain, Kanada, Australia dan Portugal mengambil keputusan mengiktiraf negara Palestin.

Langkah itu dilihat lahir daripada kekecewaan terhadap tindakan ketenteraan Israel serta usaha untuk mengelakkan penyelesaian dua negara, namun ia mencetuskan kemarahan Israel dan sekutunya, AS.

“Seolah-olah menggalakkan konflik berterusan, ada pihak dalam PBB yang cuba mengiktiraf negara Palestin secara sebelah pihak.

“Ini hanya memberi ‘ganjaran besar’ kepada Hamas atas kekejaman yang dilakukan,” katanya.

Trump kemudian mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan pegawai dari beberapa negara majoriti Islam termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Mesir, Jordan, Turkiye, Indonesia dan Pakistan bagi membincangkan krisis di Gaza.

“Ia adalah pertemuan yang sangat berjaya membabitkan semua pihak utama kecuali Israel, tetapi itu akan menyusul,” katanya.

Kelmarin, portal Axios melaporkan selain isu pembebasan tebusan dan penamatan konflik, Trump dijangka membincangkan rancangan AS berkaitan pengunduran Israel serta tadbir urus pasca perang di Gaza tanpa pembabitan Hamas.

Washington dilaporkan mahu negara Arab dan Islam menghantar pasukan ketenteraan ke Gaza bagi membolehkan pengunduran Israel serta membantu merangka pembiayaan bagi proses peralihan dan pembinaan semula wilayah itu.

Related Posts

Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

WASHINGTON – Donald Trump menyifatkan suspek yang didakwa cuba menyerang pegawai pentadbirannya di satu majlis gala berpakaian rasmi pada malam Sabtu sebagai ‘lelaki yang agak sakit’. Presiden Amerika Syarikat (AS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital