Trump hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, disahkan tiba 26 Oktober

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump disahkan akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung di ibu negara dari 26 hingga 28 Oktober ini.

Kehadiran Trump ke Malaysia diumumkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, selepas Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas.

“Sah Donald Trump akan tiba di Malaysia pada 26 Oktober dan sekiranya ada sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pusat Media Antarabangsa dan Pusat Penyiaran Antarabangsa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Trump dijangka tiba pada Ahad ini bagi menyertai sidang kemuncak yang membawa tema Keterangkuman dan Kemampanan, bersama pemimpin tertinggi 10 negara anggota ASEAN dan rakan dialog utama termasuk China, Jepun, India dan Amerika Syarikat.

Fahmi bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perincian lawatan rasmi sulung Trump ke Malaysia sejak beliau kembali memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat pada November lalu.

Sebelum ini, Trump dilaporkan buat kali pertama menyatakan secara terbuka mengenai perancangan untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16