Ibu maut, keluarga cedera dilanggar lori ketika bantu mangsa kemalangan

LUMUT – Tindakan mulia sekeluarga berhenti membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila seorang wanita maut, manakala suami dan dua anaknya cedera selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah lori di Jalan Kampung Kayan, Sitiawan, awal pagi Rabu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, dalam kejadian sekitar jam 8.19 pagi itu, seorang penunggang motosikal Yamaha EX5 dan pemandu lori turut mengalami kecederaan.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan tiba pada jam 8.50 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan awal melibatkan sebuah kereta Honda yang terbabas di bahu jalan. Pemandu dan penumpang kenderaan tersebut bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

“Namun, sebuah motosikal dinaiki empat sekeluarga yang cuba membantu mangsa kemalangan itu telah dirempuh sebuah lori yang datang dari arah sama,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, lori berkenaan kemudian melanggar sebuah Toyota Hilux yang dinaiki lima lelaki warga Pakistan serta seorang lagi lelaki tempatan yang menunggang motosikal Yamaha EX5.

“Ketua Operasi melaksanakan penilaian situasi (‘size-up’) sebelum mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang disahkan meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya.

Beliau memaklumkan, operasi yang disertai empat anggota bomba itu tamat sepenuhnya pada jam 11.10 pagi.

Related Posts

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

SANDAKAN – Kerajaan Sabah merancang membangunkan semula Kampung (Kg) Bahagia sebagai perkampungan yang sah susulan kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor. Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global