Trak tunda terbabas, lori muatan tomato terbalik punca lebuh raya sesak

PENDANG – Sebuah trak tunda yang sedang menunda lori bermuatan kotak tomato hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 71.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada pagi Ahad, menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, trak tunda berkenaan dilaporkan membawa sebuah lori tanpa pemandu dari Changlun ke Selangor sebelum mengalami masalah mekanikal.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, siasatan awal mendapati insiden berpunca daripada kegagalan mekanikal apabila ‘pin lock’ di bahagian bawah kepala engsel lori yang ditunda tercabut.

“Keadaan itu menyebabkan trak tunda hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di sebelah kiri lebuh raya sebelum terbalik dan melintang jalan.

“Akibatnya, keseluruhan lorong hala selatan dari Pendang ke Gurun terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti,” katanya .

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Rodzuan Omar digerakkan ke lokasi kejadian.

“Trak tunda tersebut terbabas ke tali air di kiri jalan manakala lori yang membawa muatan buah tomato terbalik dan melintang lebuh raya.

“Anggota bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak serta memantau keadaan sehingga laluan kembali selamat digunakan,” katanya.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.02 tengah hari dan insiden itu menyebabkan kesesakan sepanjang beberapa kilometer apabila kotak tomato berselerak di atas lebuh raya, namun keadaan berjaya dikawal selepas kerja-kerja pembersihan selesai. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian terbabit.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis