Pasar raya Perlis perketat kawalan jualan beras putih tempatan

KANGAR – Beberapa pasar raya utama di Perlis mengambil langkah kawalan dalaman bagi mengehadkan pembelian beras putih tempatan (BPT) dalam usaha mengelakkan manipulasi dan memastikan bekalan mencukupi untuk pengguna tempatan.

Pasaraya Ishah Bintong menetapkan bahawa hanya warganegara Malaysia dibenarkan membeli BPT di premis mereka sebagai langkah kawalan tambahan.

Kerani jualannya, Hidayah Ishak berkata, pasar raya itu turut mengehadkan pembelian kepada dua kampit bagi setiap pelanggan, termasuk peniaga.

“Bekalan juga terhad kepada 160 kampit sahaja yang dihantar oleh ibu pejabat pasar raya kami ke outlet ini,” katanya.

Sementara itu, sebuah pasar raya besar di pusat bandar turut menetapkan had pembelian dengan mengehadkan satu kampit BPT untuk setiap pelanggan.

Menurut penyelia jualannya pasar raya besar itu, pihaknya berdepan cabaran mengenal pasti sama ada pembeli adalah pengguna persendirian atau peniaga.

“Hanya 200 kampit BPT akan dihantar oleh pengedar kerana had yang ditetapkan oleh ibu pejabat,” ujarnya.

Wanita tersebut juga mempersoalkan sama ada kerajaan akan memperkenalkan sekatan jualan barang subsidi seperti minyak masak paket kepada warga asing susulan rungutan pelanggan yang melihat mereka turut membeli barangan tersebut.

Dalam pada itu,, sebuah lagi pasar raya tidak menetapkan sebarang had pembelian setakat ini kerana tiada arahan khusus daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkait penjualan BPT.

“Sesiapa sahaja boleh membeli beras ini, peniaga juga tidak dikenakan sekatan.

“Malah pengedar bersedia membekalkan stok dalam kuantiti besar sekiranya diperlukan,” katanya.

Related Posts

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

SARATOK – Tindakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjadikan aktiviti penjualan loteri awam haram sebagai sumber pendapatan tambahan membawa padah apabila dia ditahan polis pada Ahad. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

KOTA BELUD – Sebuah ekskavator dan sebuah lori disita dalam satu operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengorekan serta pengambilan pasir darat secara haram di Kampung Pintasan, di sini pada 5 Mac…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya