TPM ajak rakyat hayati nilai kebersamaan sempena Krismas

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusoff mengajak rakyat Malaysia memahami kepentingan perpaduan, keharmonian, saling menghormati dan kebersamaan, pada musim perayaan ini.

Dalam ucapan sambutan Krismasnya, Ahmad Zahid menyatakan beliau berharap perpaduan dapat berkembang di seluruh negara, mengajak rakyat Malaysia bersama-sama sebagai satu keluarga meraikan nilai-nilai bersama dan menghayati keindahan kepelbagaian negara kita.

“Saya berharap untuk Krismas kali ini agar perpaduan dapat berkembang di seluruh negara tercinta.

“Semoga musim kegembiraan ini merapatkan kita sebagai satu keluarga… marilah kita memupuk semangat kebersamaan untuk mengeratkan ikatan kita dan berganding bahu ke arah membina sebuah masa hadapan Malaysia yang lebih baik dan makmur.

“Semoga perpaduan membawa kita ke arah yang lebih baik lagi, insya-Allah,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, Fadillah dalam perutusan Krismasnya di laman sosial sama, berharap agar perayaan Krismas kali ini dapat membawakan kedamaian dan kasih sayang kepada semua.

“Marilah kita terus memelihara keharmonian dan perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara kita yang berbilang kaum, sambil memperkukuh lagi semangat saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.

“Inilah masanya untuk kita meraikan kebersamaan dan kekuatan perpaduan kita.

“Teruskanlah meraikan kepelbagaian kita dengan hati yang terbuka dan jadikan Malaysia sebuah negara yang penuh dengan keamanan dan persefahaman yang lebih bermakna,” katanya.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000