PUTRAJAYA – Pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma pada 23 dan 24 Disember ini sempena perayaan Hari Krismas.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tol percuma akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula jam 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Disember) hingga 11.59 malam, 24 Disember (Selasa).
Beliau berkata, pengecualian tol itu diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol, kecuali di plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.
“Kerajaan Madani bersetuju memberikan tol percuma kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja selaras dengan aspirasi ‘Madani di Hati, Rakyat Disantuni’ sempena perayaan Hari Krismas 2024.
“Implikasi kewangan ditanggung kerajaan bagi membayar balik kepada syarikat konsesi tol terlibat dianggarkan berjumlah RM38 juta,” katanya.




