TMIYC Muar jadi penanda aras di seluruh Johor

MUAR – Selepas lebih empat tahun Stadium Muar di sini, ditutup kepada umum, kini rakyat di daerah ini khususnya golongan belia pasti gembira apabila lokasi riadah tersebut berwajah baharu.

Dibuka kepada umum bermula semalam, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) berkeluasan 11 hektar itu mampu menampung lebih 300,000 pengunjung bagi sesebuah acara keramaian.

Projek cetusan idea Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail itu telah dirasmikan oleh baginda sendiri semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah, TMIYC Muar akan menjadi penanda aras kepada pembinaan semua fasiliti berkenaan yang akan direalisasikan di setiap daerah pada masa akan datang.

“Ini bagi memastikan belia di negeri ini mempunyai hab yang kondusif dan praktikal dengan harga mampu milik bagi menjalankan aktiviti dan sukan di pelbagai peringkat.

“TMIYC Muar dengan keluasan 11 hektar itu merupakan lokasi ketiga yang telah siap dibina dan dibuka kepada umum selepas Johor Bahru dan Renggam, Kluang. Dua projek pembinaan TMIYC yang sedang dalam pelaksanaan dan dijangka beroperasi pada tahun depan ialah di Pasir Gudang dengan kemajuan projeknya pada tahap 82 peratus, manakala di Iskandar Puteri pula 33 peratus.

“Satu sesi perbincangan juga antara kerajaan negeri dengan Kementerian Belia dan Sukan akan diadakan, bagi mengusulkan permohonan dan cadangan pembinaan TMIYC bagi daerah-daerah lain,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pusat belia itu di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Sementara itu, Onn Hafiz di laman Facebooknya berkata, TMIYC Muar bukan sekadar ruang untuk bersukan, tetapi juga sebuah ekosistem yang memupuk kreativiti, inovasi, dan semangat kerjasama dalam kalangan golongan muda.

“Ia dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang direka khusus untuk memenuhi keperluan dan minat belia seperti gelanggang futsal, sepak takraw, tenis, padang bola sintetik, gimnasium, ‘skatepark’, asrama belia, gelanggang serbaguna, kafeteria, surau dan taman permainan.

“Semoga TMIYC Muar menjadi sebuah pusat aktiviti yang bermanfaat sekaligus memberi impak positif kepada Orang Muda Johor di daerah Muar dan sekitarnya,” katanya.

Related Posts

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

ARAU – Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berhubung penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

MUKAH – Penganjuran UiTM Night Bazaar Siri 8 bertemakan ‘Riuh Raya Street Fiesta’ dilihat bukan sahaja menghidupkan suasana Aidilfitri, malah menjadi platform penting dalam membantu peniaga kecil menjana pendapatan. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN