Tingkatkan langkah pencegahan, elak tragedi kebakaran musim perayaan

LIMBANG – Masyarakat diingatkan untuk sentiasa memandang serius aspek keselamatan dan meningkatkan langkah pencegahan kebakaran, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, sikap peka orang ramai amat penting bagi mengelakkan insiden yang bukan sahaja boleh memusnahkan harta benda, malah mengancam nyawa.

Menurutnya, Kempen Keselamatan Kebakaran yang dilancarkan adalah platform terbaik bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk turun padang menyalurkan maklumat secara terus kepada masyarakat.

“Melalui kempen ini, mesej berkaitan keselamatan kebakaran dapat disampaikan secara langsung kepada komuniti.

“Dengan itu, mereka lebih memahami langkah-langkah pencegahan serta menyedari bahawa keselamatan diri, keluarga dan jiran tetangga adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bedudun Sahur dan Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, pada awal pagi Ahad.

Turut hadir, Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal serta Ketua Bomba Zon Tujuh JBPM Limbang, Ramlan Marajan.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota memaklumkan mengenai satu kejadian tanah runtuh yang menjejaskan tiga buah rumah di Kampung Bukit Kota, pada Sabtu.

Katanya, insiden tersebut mengakibatkan lapan penghuni terpaksa mengosongkan kediaman masing-masing sebagai langkah keselamatan dan kini menumpang sementara di rumah ahli keluarga terdekat.

“Pasukan bomba merupakan antara agensi terawal yang berada di lokasi bagi memantau keadaan dan membantu mangsa, hasil kerjasama rapat dengan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Limbang.

“Dalam berhadapan situasi kecemasan dan bencana seperti ini, saya menyeru agar semua agensi terlibat bersatu dalam memastikan permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik,” ujarnya.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James