Buaya dilihat di perairan Pantai Tanjung Aru, pengunjung diarah henti aktiviti air

KOTA KINABALU – Pengunjung di Pantai Tanjung Aru dikejutkan dengan kemunculan seekor buaya yang dikesan berenang kira-kira 100 meter dari menara penyelamat pantai, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 7.50 pagi itu, anggota penyelamat pantai yang sedang menjalankan tinjauan rutin di kawasan perairan pantai berkenaan ternampak reptilia berbahaya tersebut bergerak di permukaan air berhampiran kawasan rekreasi popular itu.

Menurut makluman awal pasukan penyelamat, sejurus menyedari kehadiran buaya berkenaan, anggota bertugas segera memberi amaran kepada pengunjung yang berada di sekitar pantai supaya menghentikan sebarang aktiviti di dalam air sebagai langkah keselamatan.

Beberapa anggota kemudian bergegas ke lokasi untuk cuba menangkap haiwan berkenaan. Bagaimanapun, usaha tersebut tidak berhasil apabila buaya itu dipercayai menyelam dan menghilangkan diri di kawasan perairan tersebut.

Pasukan penyelamat pantai seterusnya meneruskan pemantauan rapi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai di kawasan berkenaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, bendera merah turut dinaikkan di Menara Penyelamat Pantai Tanjung Aru sebagai tanda amaran bahaya, sekali gus melarang orang ramai daripada melakukan sebarang aktiviti air sehingga keadaan disahkan selamat.

Kejadian itu juga telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan bagi tindakan lanjut, termasuk pemantauan dan kemungkinan operasi mengesan semula haiwan berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak penyelamat serta menjauhi kawasan air buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu