Tindakan Teresa saman Dr Akmal boleh keruhkan keadaan

KOTA BHARU – Pemuda UMNO Kelantan menyifatkan tindakan Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok menyaman Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Salleh berkaitan isu sijil halal akan mengeruhkan lagi keadaan.

Ketuanya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, ia juga akan menjejaskan hubungan politik yang telah terjalin.

“Teresa harus dan wajib menarik balik kenyataan beliau dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia atas kenyataan yang dikeluarkan, walaupun ia bersifat peribadi namun ia telah menguris hati umat Islam seluruh negara.

“Pemuda UMNO Kelantan tetap mempertahankan kenyataan Akmal yang membidas Ahli Parlimen Suputeh itu berkaitan isu sijil halal,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut belia, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu adalah bagi memastikan Islam di negara ini tidak dipersendakan oleh mana-mana pihak.

Terdahulu, Teresa Kok telah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) ganti rugi RM25 juta kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu pensijilan halal.

Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya, Sankara Nair and Partners, Naib Pengerusi DAP itu juga menuntut Dr. Muhamad Akmal membayar semua kos guaman dan perbelanjaan berkaitan saman tersebut.

Related Posts

Isu perebutan kuasa dalam PBB cuma spekulasi – Abdul Karim

KUCHING – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menafikan dakwaan wujudnya persaingan senyap antara Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Sabah hormat pandangan Rahman Dahlan, tegas parti kekal bersatu hadapi PRN17

KOTA KINABALU – UMNO Sabah menghormati hak Datuk Rahman Dahlan untuk menyuarakan pandangan peribadinya, sambil menegaskan bahawa keterbukaan sedemikian adalah cerminan kematangan politik dalam parti yang berpegang teguh kepada prinsip…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM