
BINTULU – Tiga mangsa maut dan dua cedera parah akibat kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Samalaju.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, tiga mangsa meninggal dunia iaitu dua wanita berusia 22 dan 44 tahun serta seorang lelaki berusia 39 tahun.
“Manakala, dua mangsa iaitu dua lelaki cedera parah berusia 50 dan 52 tahun.
Selain itu, jelas kenyataan, seorang mangsa iaitu pemandu lori mengalami patah kaki dan dua kelindan lori lagi cedera ringan.
“Kejadian tersebut melibatkan lapan mangsa yang berlaku pada 6.51 pagi tadi.
Komander operasi membuat ‘size up’ dan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.
Manakala, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.





