Tiga lelaki terlibat kes curi, jadi buruan polis Labuan

LABUAN – Tiga lelaki menjadi buruan pihak polis atas pelbagai kesalahan jenayah curi.

Kenyataan itu disiar menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan pada Isnin untuk mengesan tiga suspek tersebut.

IPD Labuan memaklumkan kini giat mengesan seorang suspek terlibat kes pertama di bawah Seksyen 380 Kanun keseksaan yang berlaku di sebuah kedai Sky Mart Duty Free, Terminal Feri Antarabangsa Labuan, pada 10 Disember 2023.

Manakala dua lagi suspek, terlibat kes kedua disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun keseksaan, dan kes ketiga juga disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Masing-masing kes berlaku di Lot 103, Taman Wong Wo Lo, Fasa 2, Jalan Tun Mustapha, W.P Labuan, pada 18 Mac 2024, dan sebuah Kedai Watsons, Kawasan Lapangan terbang W.P Labuan pada 3 Jun, tahun sama.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan, atau mengenali suspek mahupun pakaian yang digunakan suspek boleh terus menghubungi IPD Labuan di talian 087-412222.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Azmi Alexcius, 019-5385555, atau ASP Mohd Kennedy, 012-8226929 atau Inspektor Raja Aizat Faruq, 019-6983679 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

BAU – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi di sungai di Kampung Segubang, petang Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

KUCHING – Polis Sarawak menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah di sekitar Kuching dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM16.8 juta. Kejayaan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane