
GUA MUSANG – Penduduk Kampung Asap, Gua Musang tidak berpuas hati dengan tindakan petugas Pas dari luar menjadikan surau di kampung terbabit untuk dijadikan tempat penginapan.
Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Normala berkata, meskipun perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak pengurus Ahli Jawatankuasa (AJK) surau termasuk imam namun tiada sebarang tindakan diambil malah terus membiarkan begitu sahaja.
“Saya tak boleh nak cakap pasal ini kalau saya cakap makin menimbulkan rasa kemarahan dengan tindakan mereka kerana tidak sewajarnya terjadi begitu,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, yang juga mahu dikenali sebagai Zahari, tindakan kumpulan petugas itu dilihat kurang sesuai.



Katanya, beliau sebagai penduduk tidak mampu berbuat sebarang tindakan sebaliknya menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab sama ada perlu diambil tindakan atau tidak.
“Apa pun, kita serahkan kepada pihak bertanggungjawab sama ada mahu mengambil tindakan atau sebaliknya,” katanya.








