Tiga kereta dihempap pokok tumbang, enam mangsa selamat

IPOH – Enam individu berdepan detik cemas apabila tiga kenderaan yang mereka naiki dihempap dua batang pokok tumbang dalam kejadian di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.43 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 4.47 petang dan mendapati kejadian melibatkan dua batang pokok tumbang yang menghempap tiga buah kereta iaitu Proton Saga, Proton Persona dan Volkswagen,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua enam mangsa yang terlibat bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Mangsa terdiri daripada empat individu yang menaiki Proton Persona, manakala masing-masing seorang memandu Proton Saga dan Volkswagen. Kesemua mereka dilaporkan selamat,” katanya.

Sabarodzi berkata, anggota bomba kemudian menjalankan kerja-kerja memotong serta membersihkan pokok tumbang bagi memastikan kawasan berkenaan selamat.

Menurutnya, operasi berjaya dikawal pada jam 5.15 petang, manakala kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok masih diteruskan.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX