Tiga ditahan kes curi motosikal di Arau

ARAU – Tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah motosikal di Taman Bandar Baharu Putra Height di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 7 Mac lalu kira-kira pukul 3.30 pagi apabila motosikal milik mangsa diletakkan di hadapan rumah dalam keadaan berkunci.

“Bagaimanapun kira-kira pukul 4.30 pagi, bapa tiri mangsa menyedari motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu telah hilang dari hadapan rumah sebelum mangsa tampil membuat laporan polis.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat dan penugasan Ops Lejang, sepasukan pegawai serta anggota Cawangan D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis melakukan serbuan di sebuah rumah di Pangsapuri Sri Sena, Jalan Kampung Bakau, Kangar kira-kira pukul 1 pagi hari ini.

Katanya, hasil serbuan tersebut membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia 15 hingga 32 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut.

“Susulan penahanan itu, polis turut menemui beberapa komponen motosikal yang dipercayai milik mangsa berdasarkan pengecaman nombor enjin dan nombor casis yang telah dileraikan.

“Selain itu, beberapa komponen motosikal turut ditemui dibuang di dalam tali air di sekitar kawasan Kangar,” katanya.

Tambahnya, antara barang rampasan termasuk rangka motosikal, enjin, meter, handel serta bahagian sportrim hadapan dan belakang.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek telah dibenarkan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

Related Posts

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

LIMBANG – Sebuah unit rumah panjang di Batu 8, Jalan Kubong di sini musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran petang semalam. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

MIRI – Pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral berjaya mengawal kebakaran belukar yang berlaku di Jalan Airport, di sini, hari ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan