
KOTA KINABALU – Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman yang menjadi kubu kuatnya selama ini.
Kejayaan itu turut mengekalkan status Sulaman sebagai kubu kuat Hajiji sejak tujuh lalu, sekali gus mencerminkan keyakinan pengundi terhadap kepimpinan beliau serta hala tuju diperjuangkan di bawah gabungan tersebut.
Dengan kemenangan di Sulaman, jumlah kerusi yang berjaya direkodkan GRS meningkat kepada sembilan setakat perkembangan terkini. Angka itu dijangka terus berubah bergantung kepada keputusan rasmi yang masih diumumkan secara berperingkat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Selain Sulaman, beberapa kerusi lain turut menyumbang kepada pengukuhan kedudukan GRS dalam PRN kali ini. Antara kawasan yang berjaya dirampas atau dipertahankan termasuk Banggi, Membakut, Pitasan, Kemabong, Apas, Kuamut dan Sungai Manila.






