
KOTA KINABALU – Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee gagal mempertahankan di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Sugut dalam keputusan tidak rasmi.
Ronald tewas kepada penyandang kawasan terbabit, iaitu Datuk James Ratib yang mewakili parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Selain Ronald, James berjaya mengalahkan enam lagi pesaing lain antaranya Rosely Lajun (PIS), Roger Langgau (Bebas), Aspah Abdullah Sani(Warisan), Hassan Mentiak (PPRS) dan Mohammad Arifin Pachuk(BN).




