Tidak berasas tuduh SPRM mafia korporat, maklumat diperoleh tak sahih

SEPANG –  Tuduhan melabelkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai ‘mafia korporat’ adalah tidak berasas dan dibuat bersandarkan maklumat yang tidak sahih

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, beliau mengakui tidak peduli dengan tuduhan itu kerana ia dipetik daripada maklumat tidak sah.

“Saya tak pedulilah YouTube, YouTube ni saya tak peduli tuan-tuan. Ini semua kalau mereka ada apa keterangan yang mereka ambil daripada mana-mana maklumat tidak sah, terpulang kepada mereka.

“Sesiapa nak buat laporan polis pergilah lapor pada polis, saya tidak kisah mengenainya.

“Kamu (wartawan) ada etika sendiri kan. Adakah kamu ingin ambil maklumat dan berita dari maklumat yang tidak sahih. Kalau ada bukti, pergi kepada pihak berkuasa dan buat laporan. Senang saja.

“Buatlah apa video pun, apa-apa video pun kalau ada elemen jenayah, pergi ke mahkamah dan pihak berkuasa. Saya okey,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI di Kampung Sungai Buah, pada Ahad.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi hantaran di media sosial menyorot laporan sebuah media antarabangsa yang mendakwa SPRM dibolosi oleh beberapa individu yang terpalit dengan pelbagai tuduhan jenayah termasuklah tuduhan menggunakan syarikat peminjam wang berlesen untuk mencuci duit hasil daripada aktiviti jenayah.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata, beliau berkata telah menyerahkan surat tuntutan (LOD) kepada Bloomberg dan akan meneruskan tindakan saman sekiranya tiada maklum balas dalam tempoh ditetapkan.

“Saya dah hantar LOD dalam tempoh 14 hari, kalau dia (Bloomberg) tak menjawab apa yang kami kata tu, saya akan teruskan samanlah ‘till the end’,” katanya.

Mengulas lanjut, Azam berkata, setakat ini beliau belum dipanggil untuk memberikan keterangan, namun bersedia memberikan kerjasama dan menyerahkan semua dokumen berkaitan.

Bloomberg dalam laporannya sebelum ini mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun, Azam pada sidang media baru-baru ini, menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak