‘Saya tak perlu bercuti’ – Azam Baki

SEPANG – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan tiada keperluan untuk beliau bercuti atau direhatkan ketika ini susulan dakwaan pemilikan saham di sebuah syarikat.

Menurutnya, beliau akan bertugas seperti biasa dan tidak akan berehat daripada tugasannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Itu terpulang (gesaan supaya bercuti dan berehat). Saya tak perlu bercuti. Kalau nak bercuti saya bagi tahu berapa ramai kena tuduh sekarang ini di mahkamah masih lagi bertugas?.

“Ada orang jadi (bekas) Menteri Kewangan pun masih lagi dan dituduh menjadi Menteri Kewangan apa masalahnya? Saya ada criminal (kes jenayah) ke?” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI di Kampung Sungai Buah, pada Ahad.

Beliau berkata demikian susulan gesaan beberapa pihak yang mahu dirinya bercuti dan berehat sementara siasatan dijalankan terhadapnya.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz yang mahu proses siasatan berjalan secara bebas, telus dan tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, lapan Ahli Parlimen PKR turut mendesak kerajaan supaya menggantung tugas Azam susulan pendedahan media antarabangsa, Bloomberg.

Dalam perkembangan sama, Azam menjelaskan, beliau sedia memberi kerjasama terhadap Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat dakwaan ke atasnya itu.

“Tentulah (saya akan beri kerjasama), takkan saya tak kerjasama pula. Saya yang minta disiasat,” katanya.

Katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa itu dan bersedia bila-bila masa untuk memberi keterangan termasuk menyerahkan apa-apa dokumen diperlukan.

Azam memaklumkan, buat masa ini, beliau mengesahkan belum dipanggil untuk diberi keterangan berhubung perkara terbabit.

“Saya akan berikan dokumen tapi ada dokumen-dokumen yang peribadi saya akan tunjuk pada merekalah contoh dokumen bank takkan saya nak tunjuk kepada orang-orang yang tak berkaitan pula.

“Jadi saya menaruh keyakinan bahawa jawatankuasa ini akan menjalankan tugas mereka dengan telus,” katanya.

Mengenai protes dirancang diadakan di ibu negara hari ini, Azam memaklumkan
terpulang kepada pihak berkenaan sama ada mahu berhimpun atau mengadakan protes.

“Saya tidak mahu ulas. Sebelum ini sudah banyak demonstrasi terhadap saya, ini bukan kali pertama, anda boleh semak rekod,” katanya.

Pada Sabtu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Moktar yang mengetuai Jawatankuasa Khas Siasatan berhubung isu pemilikan saham oleh Azam, memaklumkan siasatan terhadap dakwaan itu sudah dimulakan.

“Siasatan telah pun bermula. Sebagai langkah permulaan, kami sedang mengumpul maklumat berkaitan kes berkenaan,” katanya.

Turut menganggotai jawatankuasa berkenaan ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Jawatankuasa itu akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi memberikan pengadilan sewajarnya kepada pihak yang disiasat. Hasil dan syor siasatan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri dan Pihak Berkuasa Tatatertib untuk pertimbangan lanjut berdasarkan tatacara sewajarnya.

Terdahulu, media asing Bloomberg dalam laporannya mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM itu pada sidang media baru-baru ini, menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.

Malah, Azam dilaporkan berkata, tidak ada perkara yang disembunyikan dan sudah diisytiharkan sepenuhnya, malah saham berkenaan yang dibeli tahun lalu sudah dilupuskan dalam tahun sama.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak