Tiada tolak ansur isu kedaulatan Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia sama sekali tidak bertolak ansur mengenai isu tuntutan pihak luar terhadap Sabah.

Beliau berkata, isu kedaulatan Sabah antara perkara penting yang diminta ditekankan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ada ura-ura bila negara luar mengugat kedaulatan Sabah, terima kasih kepada Ketua Menteri yang membuat kenyataan tegas dan akan mempertahankan setiap inci tanah Sabah merdeka bersama Malaysia,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian semasa pembukaan ucapannya ketika menyampaikan Pidato Perdana di Himpunan Perdana Rakyat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Tambah Anwar lagi, isu tuntutan dari Filipina telah dijawab dengan tegas walaupun hubungannya dengan kerajaan dan presiden negara tersebut baik.

“Saya pernah jawab baru-baru ini bila kerajaan Filipina kata nak bangkit semula soal kedudukan Sabah, tapi saya jawab hubungan saya dengan kerajaan Filipina sangat baik.

“Hubungan peribadi saya dengan Presiden Bongbong Marcos sangat baik, sangat akrab, dia pun anggap saya antara kawan yang baik.

“Jadi kita harus runding bicara dengan baik… tapi soal kedaulatan negara, soal kedudukan Sabah sebahagian Malaysia tidak kita tolak ansur sama sekali,” tegasnya.

Related Posts

Malaysia teraju integrasi grid serantau

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resepi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resepi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau

JKR Sabah beri amaran penipuan tawaran kerja, tender guna nama jabatan

JKR Sabah beri amaran penipuan tawaran kerja, tender guna nama jabatan