Penjawat awam obesiti wajib lakukan pemeriksaan berkala

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat penjawat awam berusia 40 tahun ke atas yang sudah menunjukkan tanda-tanda obesiti diwajibkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat mengesorkan agar mengadakan program dalam mengenal pasti kumpulan penjawat awam berisiko dan faktor kepada penyumbang masalah itu, selain merangka dan melaksanakan program intervensi.

Menurutnya, program kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) boleh dilakukan bagi mengawal dan memantau kumpulan penjawat awam yang mempunyai masalah obesiti.

“Setiap program intervesi yang dilaksanakan perlu dinilai keberkesanannya supaya mencapai objektif yang ditetapkan.

“Hanya peserta menunjukkan penurunan positif sahaja boleh dibebaskan daripada program intervensi yang dilaksanakan tetapi perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengelakkan kembali ‘bermasalah’ (mengalami obesiti),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali semalam yang memaklumkan 50 peratus penjawat awam di Putrajaya mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan.

Sehubungan itu, jelasnya, aktiviti sihat perlu dirancakkan dalam perkhidmatan awam sama ada di peringkat agensi, kementerian mahupun perseorangan memandangkan kebanyakan penjawat awam menghadapi masalah obesiti.

Dalam pada itu, Adnan berkata, perkara yang sama boleh dilaksanakan di sektor swasta bagi memastikan golongan pekerja di negara ini mengamalkan gaya hidup sihat disamping melakukan aktiviti pekerjaan lain.

“Tindakan bersama oleh majikan masing-masing boleh membantu mengurangkan masalah obesiti di Malaysia dengan lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, Adnan memaklumkan, masalah berat badan berlebihan bukanlah perkara baharu di Malaysia dan ia tidak hanya membabitkan penjawat awam.

Jelasnya, ia dibuktikan menerusi laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) KKM 2023, apabila 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan, sekali gus meningkat tiga peratus berbanding 50.1 peratus pada 2019.

“Dalam hal ini, masalah kegemukan berlebihan bukan merujuk kepada penjawat awam saja, kerana ia melibatkan semua rakyat yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

“Masalah kegemukan rakyat Malaysia perlu diambil perhatian lebih serius semua pihak kerana perkara ini tidak sepatutnya dinormalisasikan. Masalah ini bukan melibatkan penjawat awam saja,” katanya.

Adnan berkata, obesiti dan berlebihan berat badan adalah faktor risiko kepada diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan sakit jantung dan Cuepacs melihat masalah ini dalam kalangan penjawat awam lebih kepada tabiat pemakanan dan gaya hidup individu.

“Untuk menangani obesiti secara berkesan sebenarnya datang daripada dalam diri kita sendiri. Jika kita perhatikan sudah banyak program kesedaran kesihatan dibuat misalnya membabitkan media massa, selain kempen penerangan awam. Banyak juga maklumat pendidikan mengenai pemilihan makanan yang sihat dihebahkan,” katanya.

Related Posts

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam tindakan unilateral yang diambil oleh sesetengah negara, kerana ia merupakan penyalahgunaan kuasa yang angkuh dan tidak mengambil kira kepentingan negara-negara kecil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM tegas terhadap taska tidak berdaftar, lindungi hak kanak-kanak

KOTA KINABALU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meneruskan usaha dalam memperkasa lebih banyak taska yang berdaftar bagi melindungi hak kanak-kanak di Malaysia khususnya di Sabah. Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment