Tiada tawaran jelas daripada pembangkang, calon PM masih samar – Geostrategis

KEGAGALAN pembangkang untuk menyatakan pendirian terhadap calon Perdana Menteri sekiranya memerintah negara disifatkan sebagai kelemahan ketara yang menggugat keyakinan rakyat terhadap kemampuan blok tersebut untuk menjadi kerajaan alternatif.

Pakar geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan berkata, kekeliruan yang berterusan dalam kalangan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) berhubung siapakah figura Perdana Menteri yang akan diketengahkan menunjukkan bahawa gabungan itu tidak mampu bersepakat dalam perkara paling asas dalam sistem demokrasi.

“Yang lebih penting, apa yang mereka ingin tawarkan kepada rakyat? Sebagai kerajaan alternatif, perkara paling asas seperti siapakah Perdana Menteri pun tidak dapat ditonjolkan dengan jelas.

“Mungkin ini kerana wujud persaingan dalaman yang kuat, khususnya antara Bersatu dan Pas,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Ahad.

Menurut Azmi, meskipun rakyat tidak memilih secara langsung siapa yang menjadi Perdana Menteri, pengundi tetap mengambil kira faktor tersebut sebelum membuat keputusan ketika pilihan raya umum.

“Ini adalah kriteria penting. Sekurang-kurangnya, rakyat tahu jika mereka undi parti sekian-sekian, siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri. Tapi dalam konteks pembangkang sekarang, perkara ini langsung tidak dijelaskan,” ujar beliau.

Mengulas Himpunan Turun Anwar yang diadakan pada Sabtu lalu, beliau menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai strategi pembangkang untuk mewujudkan persepsi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah telah hilang sokongan rakyat.

Namun katanya, dari sudut realiti politik, seandainya Anwar berundur sekalipun, tidak bermakna kerajaan akan tumbang kerana kepimpinan negara masih boleh digalas oleh mana-mana individu dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Jika Anwar turun, tidak semestinya pembangkang akan ambil alih. Yang akan naik mengganti adalah daripada konsortium yang sedia ada, bukannya daripada PN,” tegas beliau.

Tambah Azmi, komposisi peserta perhimpunan juga tidak mencerminkan kekuatan nasional pembangkang kerana kelihatan didominasi oleh satu kaum dan kebanyakannya terdiri daripada ahli parti semata-mata.

“Yang hadir hanyalah penyokong tegar. Kita tidak melihat penyertaan signifikan daripada mereka yang di luar parti. Dari segi komposisi kaum pula, hanya satu bangsa yang kelihatan mendominasi. Ini menggambarkan had sokongan yang ada pada PN ketika ini,” katanya.

Beliau turut menyentuh isu tiadanya ketetapan calon Perdana Menteri dalam kalangan PN, yang menurutnya merupakan manifestasi krisis kepimpinan.

“Kadang-kadang nama Tan Sri Muhyiddin Yassin disebut, kemudian Hamzah Zainudin, selepas itu muncul pula Dr Samsuri Mokhtar. Tiba-tiba, Tuan Guru Haji Hadi Awang, dan baru-baru ini disebut pula Tun Dr Mahathir sebagai penasihat. Ini semua menggambarkan bahawa tidak ada kata putus dalam menentukan calon nombor satu negara,” jelasnya.

Menurut Azmi lagi, pengundi di Malaysia, sejak dahulu, menjadikan persoalan siapakah Perdana Menteri sebagai pertimbangan utama ketika mengundi.

“Kalau parti tidak dapat menyerlahkan siapa yang akan jadi Perdana Menteri, itu masalah besar,” katanya.

Justeru, katanya, pembangkang perlu tampil dengan tawaran yang lebih jelas dan menyakinkan sekiranya benar-benar ingin dilihat sebagai pilihan alternatif yang berwibawa kepada kerajaan sedia ada.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA