Dah tiga tahun pembangkang kata nak bawa usul undi tidak percaya

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya oleh pihak pembangkang seperti dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, semalam.

Perdana Menteri berkata, perkara itu sudah tiga tahun disebut-sebut untuk dibawa ke Parlimen.

“Ada cadangan (oleh) Datuk Seri Hamzah Zainudin nak bawa undi tidak percaya.

“Silakan, kita terbuka. Ini proses yang betul, dia (mahu) bawa, sila bawa. Dia kata nak bawa dah tiga tahun,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan amanat pada program Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Semalam media melaporkan, Perikatan Nasional (PN) ‘memberi bayangan’ akan menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Hamzah dilaporkan berkata, usul itu akan dipertimbang untuk dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam masa terdekat.

“Tak apa, tunggulah. Kita akan lakukan nanti. Takkan kita nak sebut (bila akan hantar usul berkenaan,” katanya ditemui pada Himpunan Pembangkang di Dataran Merdeka.

Hamzah berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri pada Isnin lalu – tidak gentar bahkan bersedia berdepan jika pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya – di Parlimen.

Bagaimanapun, kenyataan berlainan dinyatakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menjelaskan setakat ini pihaknya tidak bercadang berbuat demikian.

Perdana Menteri pada 22 Julai lalu, mencabar pihak pembangkang membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat yang bersidang awal minggu ini.

Beliau juga bersedia menerima apa jua keputusan sekiranya pembangkang memiliki sokongan mencukupi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan diterajuinya.

Related Posts

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PUTRAJAYA – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan membuktikan Kerajaan MADANI tidak meminggirkan mana-mana negeri, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat merentasi perbezaan politik. Timbalan Naib Canselor Akademik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar