Tiada rombakan Kabinet selepas pemilihan PKR

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sekali lagi bahawa tiada rombakan Kabinet akan dibuat selepas Pemilihan PKR 2025, namun tidak akan menghalang mana-mana menteri yang berhasrat untuk meletakkan jawatan.

Menurut Anwar, pertandingan dalam pemilihan PKR adalah antara sahabat rapat dan beliau menyeru ahli-ahli parti agar memilih calon yang mampu memperkukuhkan kekuatan parti.

“(Pemilihan parti) ini pertandingan di antara sahabat karib dan kawan-kawan setia, tidak timbul sama sekali perubahan Jemaah Menteri.

“Saya tidak tahu (pasal rombakan Kabinet) tapi kita tidak boleh halang orang punya cita-cita (ingin lepaskan jawatan dalam Kabinet jika tewas pemilihan)… kalau tanya saya, tiada rencana sama sekali untuk buat apa-apa pun rombakan (Kabinet),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, pada Rabu.

Anwar mengulas kenyataan Datuk Seri Rafizi Ramli yang menyatakan kesediaannya untuk berundur sebagai Menteri Ekonomi sekiranya beliau gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti.

Ketika ditanya sama ada Rafizi tetap akan meletak jawatan jika tewas, Anwar berkata beliau akan berbincang dengan Rafizi terlebih dahulu.

“Dalam mesyuarat Kabinet, perkara itu tidak dibangkitkan. Biar dulu,” kata Anwar lagi.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh memaklumkan bahawa keputusan pemilihan kepimpinan pusat dijangka diketahui seawal jam 2.30 petang Sabtu ini.

Rafizi akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden menentang Nurul Izzah Anwar.

Anwar turut menafikan bahawa persaingan sengit Pemilihan PKR memberi persepsi kepada delegasi ASEAN bahawa politik Malaysia tidak stabil.

“Hanya apabila politik stabil, barulah kita boleh bertanding jawatan dalam parti. Kalau tidak stabil, atau di bawah pemerintahan diktator, maka tiada pertandingan langsung di semua peringkat.

“Jadi kita kena lihat dari sudut positif dan ia tidak akan menjejaskan apa-apa,” kata Anwar.

Sidang Kemuncak ASEAN akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 hingga 27 Mei ini, di samping Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk (GCC) yang kedua dan sidang kemuncak Asean-GCC-China yang pertama.

Ini merupakan kali kelima, Malaysia mempengerusikan ASEAN. Sebelum ini adalah pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang