Tiada perbincangan pertukaran jawatan TKM II

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, tiada perbincangan dilakukan sekali gus menafikan spekulasi mengenai pertukaran jawatan Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo.

Beliau sebaliknya menjelaskan Jagdeep mengambil cuti bagi menjalani pemeriksaan dan kemungkinan memerlukan prosedur pembedahan pada kaki kiri, yang menuntut rawatan daripada pakar secepat mungkin.

“Jagdeep berjumpa dengan saya pada 19 Julai lalu bagi mengemukakan surat permohonan cuti untuk kelulusan. Setelah mempertimbangkan penjelasan serta tujuan permohonan cuti yang dikemukakan, saya telah memberi kelulusan cuti selama 11 hari bekerja bermula 22 Julai sehingga 5 Ogos.

“Saya dan juga seluruh jentera barisan kepimpinan kerajaan negeri mendoakan supaya Jagdeep cepat sembuh dan kembali bersama-sama meneruskan agenda pembangunan negeri Pulau Pinang demi kepentingan seluruh rakyat Pulau Pinang,” katanya lagi.

Kon Yeow memberikan kenyataan ini bagi menjawab laporan yang mendakwa seorang Exco Pulau Pinang dinasihatkan untuk bercuti atas alasan masalah peribadi yang dikatakan memberi kesan secara langsung terhadap prestasi kerja.

Related Posts

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa usahawan wanita muda kini diperluas di utara Sabah menerusi penganjuran Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah: Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi yang akan berlangsung pada 23…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

KOTA MARUDU – Setiap pandangan dan keluhan masyarakat setempat berkenaan pendidikan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, termasuk status semasa SMK Langkon. Menurut Ketua Cabang PKR Kota…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET