Tiada niat raih simpati, anak perlu ubat Infliximab

ALOR GAJAH – Ketika rakan sebaya lain riang ke sekolah, Muhammad Mikhail Ridzuan, 11, hanya mampu menahan derita yang menyebabkan pergerakannya terbatas hingga tidak dapat bergerak aktif seperti kanak-kanak lain.

Anak sulung daripada empat beradik itu menghidap penyakit radang usus sejak berumur 6 tahun bermula dengan simptom demam diikuti muntah dan cirit birit selama empat hari.

“Keadaan itu berlarutan hingga Mikhail membuang najis bersama darah.

“Saya dan suami kemudian membawanya ke hospital untuk rawatan. Doktor ada melakukan ujian tibi sebelum anak saya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)”. Katanya.

Memetik laporan Harian Metro bertarikh 16 Ogos 2023, hasil pemeriksaan yang dijalankan, doktor mendapati dinding ususnya penuh dengan darah selain nanah sebelum mengesahkan Mikhail mengalami radang usus.

Pasangan suami isteri, Fatinfilza Kamarudin 35 dan Ridzuan Mohd Isa 39, merayu sumbangan daripada orang ramai bagi meringankan beban untuk membeli ubat Infliximab buat anak mereka, Muhammad Mikhail Ridzuan yang menderita radang usus.

Pasangan suami isteri tersebut dari Taman Sutera Indah, Kelemak di sini, berkata, ubat tersebut diperlukan anak mereka untuk menstabilkan penyakit auto imun berkenaan.

Tambahnya lagi, infliximab diperlukan Mikhail atas nasihat doktor walaupun kesihatannya beransur baik berbanding sebelum ini.

“Bekalan ubat diperoleh dengan bantuan pihak zakat sudah habis kerana kesihatan Mikhail merosot sebelum ini, jadi banyak bergantung dengannya memandangkan dos dan kekerapan juga bertambah.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memberi elaun bulanan pesakit kronik sebanyak RM500 manakala RM220 disumbangkan zakat,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan dan meringankan beban keluarga terbabit boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0410241100025126 atas nama Fatinfilza Kamarudin atau suaminya Ridzuan Isa, Bank Islam 04024029239498 atau menghubungi mereka di talian 014-9498905.

Related Posts

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa usahawan wanita muda kini diperluas di utara Sabah menerusi penganjuran Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah: Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi yang akan berlangsung pada 23…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

KOTA MARUDU – Setiap pandangan dan keluhan masyarakat setempat berkenaan pendidikan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, termasuk status semasa SMK Langkon. Menurut Ketua Cabang PKR Kota…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET