Tiada keperluan tergesa bincang agihan kerusi, fokus kepada penyampaian perkhidmatan – Masidi

KOTA KINABALU – Komponen parti dalam Gagasan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergesa-gesa untuk membincangkan soal agihan kerusi menjelang pilihan raya akan datang kerana tumpuan utama ini diberikan kepada kerja dan penyampaian perkhidmatan.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perbincangan secara tidak rasmi antara pemimpin-pemimpin komponen GRS sudah berlaku, namun mesyuarat rasmi belum diadakan setakat ini.

“Saya yakin semua komponen parti dalam GRS mempunyai kesepakatan yang telah dibina selama ini. 

“Ini akan memudahkan perbincangan mengenai pembahagian kerusi apabila tiba masanya,” katanya kepada media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 Kerajaan Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung GRS berkata, fokus utama kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan segala peruntukan yang diumumkan diagihkan dengan segera kepada agensi dan kementerian berkaitan.

“Saya telah meminta pegawai-pegawai saya untuk memastikan peruntukan yang diumumkan dalam bulan Januari 2025 dapat diagihkan segera supaya jabatan kerajaan boleh membelanjakan peruntukan tersebut.

“Ini penting, lebih-lebih lagi selepas Ramadan dan Hari Raya, mungkin ada keperluan untuk menyegerakan penyaluran dan penggunaan kewangan,” katanya.

Masidi turut menjelaskan bahawa tarikh pilihan raya negeri masih belum diketahui, justeru semua pihak dinasihatkan untuk memberi keutamaan kepada kerja dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Related Posts

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

KANOWIT – Program Randau Komuniti 2026 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Rumah Nyanau Anak Taboh, Danau Changgan, Ulu Bawan terus menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

LIMBANG – Sebahagian struktur bumbung dan siling di Klinik Kesihatan Kuala Medalam mengalami kerosakan teruk selepas dilanda angin kencang dalam satu kejadian, baru-baru ini. Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini