Rumah Terbuka Aidilfitri Sabah erat silaturahim, rai perantau

KOTA KINABALU – Pengunjung yang hadir ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini, menghargai sambutan itu, yang bukan saja mengeratkan silaturahim malah dapat memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat pulang beraya untuk merasai nikmat hari raya.

Aleysa Zainou, 35, berkata dia bersyukur dengan penganjuran majlis berkenaan kerana dapat menyambut hari raya bersama keluarga di perantauan.

“Tahun ini kami tidak dapat balik kampung kerana suami bekerja. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kerana menganjurkan rumah terbuka ini.

“Saya gembira dan teruja dapat bawa anak-anak beraya di sini, kerana ini satu-satunya rumah terbuka yang kami hadiri tahun ini,” katanya yang hadir bersama lima anaknya.

Sementara itu, Jamilah M. Zaini, 61, yang tiba seawal pukul 8 pagi menyifatkan rumah terbuka ini sebagai platform menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Saya sangat berpuas hati kerana dapat bertemu rakan-rakan, menikmati makanan dan persembahan dalam suasana harmoni.

“Sambutan seperti ini mengeratkan silaturahim dan saya juga berpeluang bertemu Ketua Menteri,” katanya.

Bagi Siti Nornilam Abdul Hamid, 36, kehadirannya ke rumah terbuka itu memberi peluang kepada anak-anaknya merasai suasana raya yang lebih meriah.

“Biasanya kami hanya beraya di rumah jiran dan keluarga. Hari ini anak-anak sangat gembira kerana dapat merasai suasana yang penuh warna-warni dan meriah,” kongsinya kepada wartawan TMP di sini pada Sabtu.

Related Posts

55 jemaah haji Sepanggar terima sumbangan khas bantu persiapan

KOTA KINABALU – Seramai 55 bakal jemaah haji dari Parlimen Sepanggar menerima sumbangan khas bagi membantu persiapan menunaikan ibadah haji, dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

KANOWIT – Program Randau Komuniti 2026 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Rumah Nyanau Anak Taboh, Danau Changgan, Ulu Bawan terus menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

55 jemaah haji Sepanggar terima sumbangan khas bantu persiapan

55 jemaah haji Sepanggar terima sumbangan khas bantu persiapan

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu