Tiada keperluan buat pembenihan awan di Pahang

KUANTAN – Fenomena cuaca panas melampau akibat perubahan iklim turut memberi kesan kepada sektor pertanian di Pahang.

Namun, buat masa ini kerajaan negeri memaklumkan belum ada keperluan untuk melaksanakan pembenihan awan bagi tujuan mengatasi kesan terhadap aktiviti pertanian di negeri ini.

Perkara itu dimaklumkan Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak ketika ditemui media, di Kuantan, hari ini.

“Kalau di Pahang, setakat ini tiada (keperluan) untuk (operasi pembenihan awan) OPA. walaupun kita berlaku (cuaca panas) dan sebagainya, tapi (masih) belum sampai ke tahap menghadapi masalah.

“Empangan dan bekalan air kita masih berada di paras yang baik. Malah, sektor pertanian masih dalam keadaan terkawal,” katanya.

Terdahulu, Mohd Soffi merasmikan Pahang AgroFest 2024 di Kompleks Yayasan Pahang.

Sebelum ini media melaporkan fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga penghujung September depan di beberapa negeri, termasuk Pahang.

Related Posts

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

BETONG – Masjid baharu di daerah kecil Debak kini rasmi dikenali sebagai Masjid Al-Azim selepas dimasyhurkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg pada Jumaat. Majlis perasmian itu menandakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

Peralihan biodiesel B10 ke B15 boleh dilaksana tanpa ganggu operasi sedia ada