Selepas Nenggiri, BN siap siaga hadapi PRK Mahkota

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, semalam.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bagi pihak UMNO dan BN, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Insya-Allah kita akan dengar pengumuman yang akan dibuat selepas Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) membuat mesyuarat.

“Kita akan bersiap siaga selepas PRK Nenggiri untuk hadapi PRK Mahkota pula,” katanya pada sidang media di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Nenggiri di Dewan Perdana Majlis Daerah Gua Musang hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengarah Pilihan Raya BN PRK Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah.

Media semalam melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, meninggal dunia pada jam 12.25 tengah hari semalam.

Perkhabaran duka itu disahkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menerusi Facebook.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di pekarangan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom menziarahi Sharifah Azizah semalam.

Related Posts

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga Ahli Parlimen Bersatu termasuk Ahmad Fayhsal dipecat

PUTRAJAYA – Tiga lagi Ahli Parlimen Bersatu terdiri daripada kem yang menyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin telah dipecat daripada parti. Mereka adalah Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026