Tiada istilah pilih kasih, pemilihan kontraktor Kelas F ikut cabutan undi – Saarani

IPOH – “Siapa sahaja yang masuk tender, itu semua diundi. Itu nasib masing-masing. Tidak boleh kata kalau dapat dia kerajaan, tidak dapat pembangkang.”

Demikian reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, ketika diminta mengulas berkaitan isu pilih kasih pemilihan kontraktor Kelas F membabitkan sebarang projek di negeri ini yang didakwa pihak tertentu.

Jelasnya, Kerajaan Negeri Perak tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih dalam memberi peluang kepada kontraktor Kelas F di negeri ini sebaliknya pemberian projek kepada kontraktor dilaksanakan melalui cabutan undi.

“Jawatankuasa pemilihan tender yang menguruskan tender projek juga tidak mengetahui sama ada kontraktor tersebut mewakili parti kerajaan ataupun pembangkang.

“Tiada mana-mana sijil (kontraktor) itu dicop parti kerajaan atau pembangkang. Kita (kerajaan negeri) pun tak kenal,” sangkal Saarani.

Tambah beliau, projek ini di bawah kendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), ada yang bernilai daripada RM50,000 sehingga mencecah RM100,000, tetapi semuanya dilakukan dengan undian terutama melibatkan projek-projek di peringkat daerah tanpa mengetahui latar belakang kontraktor terbabit mewakili parti mana.

“Perkara ini tidak berlaku kerana tender board ini tidak kenal pun kontraktor datang dari mana-mana parti,” katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) di Ipoh Parade, di sini pada Jumaat.

Turut sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Maysia (Rehda) Perak, Ir Loh Ban Ho.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dilaporkan berkata, latar belakang politik seseorang usahawan atau kontraktor tidak seharusnya menjadi alasan untuk mereka tidak diberi peluang (projek).

Dakwa Zainol Fadzi, beliau bersuara sedemikian rentetan menerima beberapa rungutan daripada usahawan khususnya kontraktor kelas F yang mendakwa mereka tidak diberi atau mendapat peluang sewajarnya daripada kerajaan negeri.

Ujarnya segelintir kontraktor terlibat merasakan diri mereka dipinggirkan atas sebab tidak berada dalam kelompok politik parti-parti kerajaan.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan