Tiada desakan, mengapa nak lepaskan jawatan Exco P.Pinang – Fahmi Zainol

GEORGE TOWN – Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, Fahmi Zainol menegaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang kerana ia merupakan amanah parti kepadanya.

Fahmi berkata, beliau akan tetap setia kepada parti dan akan menuruti semua arahan yang diberikan kepadanya.

“Tiadalah (melepaskan jawatan Exco), saya ada pendirian saya sendiri. Ini kerana amanah yang diberikan ini adalah daripada parti, maka saya akan jalankan tugas saya sebagai Exco Kerajaan Pulau Pinang sehingga habis penggal.

“Ini adalah amanah parti, jadi saya akan turuti apa yang parti berikan kepada saya. Saya akan teruskan amanah ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Fahmi yang merupakan Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi menambah bahawa beliau adalah ahli yang setia kepada parti dan tidak akan sesekali mengingkari kehendak parti.

“Saya ‘party man’. Parti mahu saya kekal, saya ikut. Parti kata ‘A’, saya ‘A’; parti kata ‘B’, saya ‘B’. Kita mahu politik stabil di Pulau Pinang, sebab itu saya patuh kepada parti.

“Tiada desakan (terhadap saya) pun. Semua dalam keadaan tenang,” katanya.

Sebelum ini, dalam pemilihan cabang PKR di Pulau Pinang, Fahmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak dikecewakan apabila hanya meraih 181 undi berbanding 208 undi yang diperoleh Johari Kassim untuk jawatan Ketua Cabang Jelutong.

Fahmi turut bertanding bagi jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) namun gagal dalam persaingan tersebut.

Selain itu, ketika pemilihan PKR berlangsung pada 23 Mei lalu, pasukan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli termasuk Fahmi, gagal meraih tempat dalam persaingan merebut jawatan penting dalam parti berkenaan.

Susulan itu, Rafizi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun ini..

Related Posts

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

JOHOR BAHRU – Kira-kira 60 peratus atau 6,009 daripada lebih 10,000 permohonan menyertai UMNO sebagai ahli baharu menerusi inisiatif Rumah Bangsa terdiri daripada golongan muda, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

PUTRAJAYA – Perlindungan harta intelek di Sabah akan diperkukuh menerusi kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Kutipan dana kemanusiaan perlu dikawal elak penyelewengan

Kutipan dana kemanusiaan perlu dikawal elak penyelewengan

Microsoft Elevate lahir 80,000 peserta mahir AI

Microsoft Elevate lahir 80,000 peserta mahir AI