Thailand rekod kes pertama Mpox

BANGKOK – Jabatan Kawalan Penyakit Thailand semalam mengesahkan kes cacar monyet atau Mpox yang dilaporkan minggu ini adalah strain clade 1b virus itu.

Ketua Pengarah jabatan itu, Dr Thongchai Keeratihuttayakorn, mendedahkan keputusan makmal Jabatan Sains Perubatan mengesahkan kehadiran strain clade 1b pada seorang pesakit Eropah berusia 66 tahun yang dijangkiti penyakit berkenaan.

“Ini adalah pesakit pertama terbabit di Thailand. Mulai sekarang, keputusan itu perlu dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengikut piawaian Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kelmarin, jabatan berkenaan melaporkan pesakit Eropah itu disahkan menghidap Mpox selepas melakukan perjalanan dari sebuah negara Afrika yang mengalami wabak terbabit serta transit di negara Asia Barat sebelum tiba di Thailand pada jam 6 petang 14 Ogos lalu.

Pesakit itu mengalami demam dan lesi kulit pada 15 Ogos lalu menyebabkannya mendapatkan rawatan perubatan, dengan ujian seterusnya mengenal pasti Mpox sebagai puncanya.

Dr Thongchai bagaimanapun memaklumkan daripada seramai 43 kontak rapat pesakit berkenaan, tiada yang menunjukkan sebarang gejala, setakat ini.

“Jabatan Kawalan Penyakit akan terus memantau dan membuat susulan simptom hingga 21 hari,” katanya.

Related Posts

Resolusi hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran gagal

WASHINGTON – Satu resolusi dwipartisan bagi mengehadkan keupayaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk melancarkan perang terhadap Iran gagal di Senat ketika serangan ketenteraan masih berterusan. Langkah yang bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekatan bahan binaan burukkan krisis kemanusiaan di Gaza

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan tindakan Israel yang terus menyekat kemasukan bahan binaan perlindungan ke Semenanjung Gaza mengakibatkan ratusan ribu pelarian Palestin kini terdedah kepada ancaman banjir besar. Jurucakap PBB,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan