Terus kukuhkan kesatuan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani akan terus memperhebat usaha membela nasib rakyat dan menjayakan agenda mengangkat martabat rakyat serta negara.

Demikian hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook rasminya sebagai reaksi kepada kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) di PRK Sungai Bakap, semalam.

Selaras dengan itu, menurutnya, Kerajaan Perpaduan akan terus mengukuhkan kesatuan dalam melaksanakan dasar dan inisiatif bertepatan dengan realiti hari ini.

“Kerajaan Madani menginsafi keputusan ini dengan menggilap azam memperhebat usaha membela nasib rakyat dan sekali gus menjayakan agenda mengangkat martabat dan darjat rakyat serta negara.

“Dengan dasar dan komitmen yang jitu, Gabungan Perpaduan akan terus mengukuhkan kesatuan dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif bertepatan dengan realiti hari ini dan anjakan baharu negara yang sedang berjalan,” tulisnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun itu turut menghormati keputusan yang telah dibuat pengundi.

“Gabungan Perpaduan menghormati dan menerima kekalahan calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap yang telah berlangsung dengan lancar dan aman.

“Selaku Perdana Menteri, saya dengan penuh tawaduk menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap yang berlangsung ketika negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan Madani,” tulisnya.

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan DUN Sungai Bakap melalui Abidin Ismail yang memperoleh majoriti lebih besar iaitu 4,267 undi.

Abidin yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal berjaya meraih 14,489 undi, manakala pencabarnya, calon PH, Joohari Ariffin memperolehi 10,222 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim di Dewan Serbaguna Jawi, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun dan timbalannya, Azmi Sharom.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi