Terima kekalahan, PKR muhasabah

NIBONG TEBAL – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyahut keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata meskipun kalah, parti itu akan terus berusaha melakukan perubahan demi masa depan Pulau Pinang dan Malaysia yang lebih baik.

“Kekalahan ini diambil dengan penuh tanggungjawab sebagai isyarat untuk terus bermuhasabah dan mengingatkan kita bahawa kita tidak boleh terlalu selesa serta kerja-kerja untuk meyakinkan rakyat tidak boleh terhenti.

“Hakikat ini kita sahut sebagai cabaran lanjutan dalam diari perjuangan hidup,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera Perpaduan di Bilik Gerakan Utama di Nibong Tebal malam tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengarah Pilihan Raya PH PRK DUN Sungai Bakap Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan calon PH bagi PRK DUN Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin.

Pada PRK itu, Perikatan Nasional mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi setelah menewaskan Joohari.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Nurul Izzah, yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Pulau Pinang, turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan undi kepada parti itu.

“Tidak dilupakan pasukan jentera PH dan Barisan Nasional yang telah bertungkus-lumus membantu tanpa lelah sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Beliau berkata meskipun menghormati pilihan rakyat Sungai Bakap pada PRK kali ini namun pihaknya berasa dukacita dengan kewujudan serangan perkauman sempit dan fitnah jahat yang dilempar oleh pihak lawan bagi mempengaruhi sentimen pilihan raya itu.

“Walau apapun, kita harus berusaha untuk membawa kembali perdebatan, penerangan dan usaha penyelesaian yang tertumpu kepada isu pokok seperti kebajikan rakyat, pendidikan anak-anak, pembangunan infrastruktur serta kelangsungan hidup yang mengimbangkan keperluan seberang dan juga pulau,” katanya.

Related Posts

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

KOTA KINABALU – Pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun ini bagi memastikan transaksi sewa beli di negara ini lebih telus dan adil kepada pengguna,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

KETIKA ekonomi dunia bergelut dengan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan inflasi global, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan tanda pemulihan yang semakin kukuh. Data terkini menunjukkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat