Tentera Israel terus lancar serangan, angka korban rakyat Palestin cecah 41,638

GAZA – Pengeboman tanpa henti membuatkan angka korban rakyat Palestin terus meningkat kepada 41,638 terkorban, 96,460 cedera, dan sekurang-kurangnya 10,000 orang lagi masih belum dikesan dipercayai mati di bawah runtuhan.

Terbaharu pada Selasa, tentera rejim Israel melancarkan serangan ke arah kem pelarian Nuseirat yang terletak di Semenanjung Gaza sehingga membunuh tiga orang rakyat Palestin dan mencederakan lapan yang lain.

Menurut sumber, susulan serangan terbabit, pegawai perubatan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) membawa mayat tiga orang yang terkorban dan lapan mangsa ke Hospital al-Awda selepas tentera pendudukan Israel menyasarkan sekumpulan orang awam di kem itu.

Di Jericho pula, penjajah Israel bertindak kejam dengan membakar kandang biri-biri di komuniti Arab al-Mlaihat, barat laut bandar Jericho di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut sumber, Hasan Mlaihat, penyelia Pertubuhan al-Baidar dalam Pertahanan Hak Badwi, berkata bahawa sebilangan penjajah bersenjata menyerbu masuk ke kawasan penempatan rakyat Palestin dan bertindak melemparkan bom ke arah kandang biri-biri bertujuan untuk membakarnya.

Related Posts

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat. Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000