Malaysia kecam serangan berterusan Zionis terhadap Lubnan

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Zionis Israel melancarkan serangan ketenteraan melalui serangan udara dan darat terhadap Lubnan.

Wisma Putra berkata, kekejaman rejim Zionis Israel itu secara jelas melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang mengancam keselamatan, kestabilan serta kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan.

“Malaysia bersolidariti bersama Lubnan dan masyarakat antarabangsa untuk mendesak rejim Zionis Israel melaksanakan gencatan senjata segera bagi mengelakkan bencana kemanusiaan yang lebih dahsyat di Lubnan.

“Ia adalah penting bagi semua pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang di rantau itu,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Wisma Putra turut memaklumkan sembilan rakyat Malaysia sudah meninggalkan Lubnan secara sukarela berikutan situasi di negara itu semakin meruncing.

“Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut juga sedang melaksanakan proses evakuasi 15 lagi rakyat Malaysia bersama tiga warganegara asing yang iaitu pasangan kepada rakyat Malaysia yang masih berada di Lubnan.

“Manakala, empat rakyat Malaysia memilih untuk terus kekal di Lubnan.

“Empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan meneruskan operasi di Lubnan sehingga dimaklumkan kelak,” katanya.

Related Posts

Maklumat dikekalkan, MyKad baharu tidak jejaskan penyaluran bantuan kerajaan – JPN

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pelaksanaan MyKad dengan struktur baharu yang akan diperkenalkan mulai bulan depan tidak akan menjejaskan urusan penyaluran bantuan kerajaan kepada rakyat. JPN berkata, dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ringankan beban peniaga kecil, PBT disaran kurangkan sewa premis seliaan

PUTRAJAYA – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara disaran mempertimbangkan pengurangan kadar sewa premis perniagaan, gerai dan medan selera seliaan mereka sehingga hujung tahun ini bagi membantu meringankan beban…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi