Tengku Zafrul guna laporan Harakah papar kejayaan negara, tarik perhatian umum

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bijak meraih perhatian ramai apabila memuat naik kandungan video informasi dengan menjadikan berita akhbar Harakah sebagai rujukan berkaitan aktiviti pelaburan dan peluang pekerjaan di negeri Kedah.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata, terlalu biasa sekiranya memaparkan contoh berita daripada agensi-agensi berita seperti kebiasaan, tetapi jika menggunakan berita Harakah tidak mustahil boleh menarik perhatian pihak yang meragui kredibiliti Kerajaan Madani.

Tengku Zafrul berkata, kemasukan pelaburan asing akan membuka lebih banyak lagi peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.

“Bila saya cerita je mengenai pelaburan masuk ke Malaysia mesti ada komen macam ini. Komennya, apa faedah yang rakyat dapat? Manfaat paling jelas sebenarnya ialah pekerjaan, bila pelabur datang buka kilang dia mestilah perlukan pekerja.

“Jadi rakyat tempatan dapat pekerjaan. Contohnya anak Puan Fatimah Othman dengan anak Puan Aini Don. Tak percaya bila pelabur asing wujudkan banyak pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat tempatan.

“Tengok tajuk berita Harakah ini berbunyi Infineon Kulim buka peluang pekerjaan bernilai tinggi. Kalau saya bagi contoh tajuk berita Astro Awani, Sinar Harian mungkin ada yang tak nak percaya. Jadi kali ini saya tukar sedikit, kongsi headline Harakah pula.

“Tapi manfaat ini bukan sekadar pekerjaan di kilang yang pelabur buka, pekerjaan di syarikat-syarikat tempatan juga turut meningkat sebab mereka bekalkan barang-barang dan perkhidmatan kepada kilang yang dibuka oleh pelabur asing,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, syarikat CG Global Profastex Manufacturing yang merupakan syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) milik pengusaha wanita dengan tenaga hampir 80 peratus pekerja wanita yang telah beroperasi sejak 2016.

Tambah Tengku Zafrul, ketika mula ditubuhkan mereka hanya menyediakan perkhidmatan untuk syarikat multinasional sekitar Pulau Pinang dan Ipoh.

“Tapi kini perniagaan mereka hampir 100 peratus berasaskan eksport dengan pelanggan daripada pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis, United Kingdom dan juga China.

“Berapa peratus pekerja tempatan yang dapat bekerja di syarikat itu? Pekerjanya 100 peratus rakyat tempatan.

“Pemiliknya wanita, Siti Padhillah Abdul Wahab, maka pekerjanya juga wanita seramai 80 peratus dan 90 peratus pekerjanya pemegang diploma dan ijazah,” katanya.

Ujar beliau, kemasukan pelabur asing yang masuk dan menggunakan khidmat mereka pada 2016 membuka peluang syarikat itu membesarkan perniagaan dan menyebarkan sayap di peringkqt antarabangsa.

“Jadi ini adalah sebahagian daripada manfaat yang rakyat dapat.

“Tapi haruslah bijak rebut peluang. Kalau kita rajin usaha, banyak manfaat yang boleh kita dapat. Insya-Allah rezeki tak akan salah alamat,” katanya.

Related Posts

Ringgit naik berbanding dolar AS pada dagangan awal Mei

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama Mei, dengan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijadual berlangsung minggu ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PENGUMUMAN Pakej Daya Tahan Ekonomi (PACE) bernilai RM710 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Pekerja 2026 disifatkan sebagai langkah strategik dalam memperkukuh daya tahan tenaga kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan

Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera